12 November 2010

Sekitar Gotong-royong RC







Read more "Sekitar Gotong-royong RC..."

09 November 2010

Perkhidmatan Yang Ditawarkan

BismiLlahirrahmanirrahim
Assalamu'alaikum wbt dan salam sejahtera.

Berikut merupakan perkhidmatan yang ditawarkan di Rumah Cakna:

  1. Pusat Aduan
  2. Khidmat Kaunseling / Nasihat Guaman
  3. Tempat Perlindungan
  4. Kelas-kelas pengajian
  5. Tenaga Pengajar, risalah dan rencana untuk sebaran
Selain itu, kami juga memerlukan komitmen tenaga seperti Guru Agama (Wanita), Kaunselor, Motivator dan Doktor bagi bersama-sama melaksanakan amanah ini. Sebarang maklumat lanjut boleh hubungi talian yang terdapat disebelah. Read more "Perkhidmatan Yang Ditawarkan..."

17 October 2010

Sejarah Penubuhan Rumah Cakna


Rumah Cakna adalah satu inisiatif Front Badan Bertindak Anti Murtad (lebih dikenali dengan singkatan FORKAD) dan Pertubuhan Pembangunan Insan Bestari Terengganu bagi mendepani masyarakat yang semakin rosak pada hari ini. Sebelum ini, selain berada di lapangan dakwah, FORKAD lebih banyak menjelaskan isu-isu aqidah dan permasalahan umat Islam di masjid dan surau melalui kuliah-kuliah agama.

Idea penubuhan Rumah Cakna ini timbul bilamana pihak FORKAD banyak berdepan dengan permasalahan tempat perlindungan bagi individu yang memerlukan. Ini termasuklah perlindungan dari segi keselamatan nyawa, mahupun perlindungan yang bersifat transit (sementara dipindahkan ke tempat yang lain), atau tempat perlindungan bagi suatu jangkamasa lama bagi membolehkan individu terbabit menerima pengisian dan menjalani proses pemulihan dan bimbingan.

Rumah Cakna akan bertindak sebagai tempat perlindungan selain turut berfungsi sebagai pusat aktiviti kemasyarakatan setempat dan menjadi pusat aduan masyarakat berkaitan permasalahan aqidah dan sosial.

Antara objektif penubuhan Rumah Cakna adalah untuk membimbing masyarakat menghayati Islam sebagai suatu cara hidup yang sempurna, mempertahankan aqidah umat Islam dari serangan gejala murtad dan gejala sosial, serta memberi perlindungan / perkhidmatan kepada sasaran yang memerlukan. Manakala, sasarannya terbahagi kepada tiga golongan iaitu golongan yang menerima bantuan dari pihak gereja, saudara baru yang memerlukan perlindungan dan remaja yang mempunyai masalah aqidah / akhlak. Justeru, permasalahan yang ditangani adalah berkenaan gejala sosial (masalah pra perkahwinan, lari dari rumah, black metal dll), gejala murtad (membendung, melindungi, membuat tindakan susulan) dan juga saudara baru (pengetahuan, kekeliruan, masalah dengan keluarga dan kebajikan).

Secara keseluruhannya, penubuhan Rumah Cakna ini diharap dapat memberikan impak yang tidak sedikit dalam membela Islam dan dapat mencapai matlamat yang digariskan. Semoga Allah memberi kemudahan kepada kita semua bagi merealisasikan cadangan ini.
Read more "Sejarah Penubuhan Rumah Cakna..."
 
Powered By Blogger
Powered By Blogger
Powered By Blogger

Great Morning ©  Copyright by Rumah Cakna | Template by Blogger Templates | Blog Trick at Blog-HowToTricks